top of page

SELAMAT DATANG KE​ REBAN TEPI RUMAH

Fresh Farm Food & Family Fun

Home: Welcome

Kita mungkin biasa mendengar ayam kampung, serama dan ayam piru. Tetapi tidak ramai yang mengenali sejenis ayam yang tidak kurang hebatnya iaitu ayam mutiara atau api-api. Hebatnya ayam yang berasal dari benua Afrika ini bukan kerana bentuk fizikalnya – kelabu berbintik putih dan bertanduk kecil atau kerana kokokan yang nyaring hingga berupaya menghalau ular, tetapi kerana nilai komersialnya yang tinggi berikutan dagingnya yang berkhasiat dan rendah kolesterol berbanding ayam daging. Di negara Barat misalnya, juadah ayam mutiara yang beratnya boleh mencecah 1.5 kilogram ini, amat popular kerana baik untuk kesihatan, sekali gus menjadikan harganya tinggi. Tidak kurang dakwaan yang mengaitkan telurnya mampu meningkatkan hubungan kelamin. Ayam ini juga berperanan sebagai penjaga kebun. Ini disebabkan ayam mutiara ini sememangnya diketahui sebagai pengawal haiwan perosak secara semula jadi. Ayam mutiara ini juga mudah dijaga kerana kurang makan, cuma masalahnya, ia suka bertelur di tempat tersembunyi seperti di kawasan semak. 

​


P_20170619_071119.jpg
P_20170505_182414.jpg
P_20170505_182415.jpg
P_20170505_182418.jpg
Home: Our Farm
P_20170623_185851.jpg

AYAM BATIK SILVER ( SILVER SEBRIGHT BANTAM)

Ayam bantam atau nama penuhnya Laced Sebrights Bantam adalah antara ayam exotic yg digemari pada hari ini. Sebright adalah sejenis ayam yang dinamakan berdasarkan orang yang menghasilkannya iaitu Sir John Saunders Sebright. Bantam pula bermaksud kecil atau katik. Berat ayam ini adalah seperti berikut :

• Jantan dewasa 0.74 Kg
• Betina dewasa 0.63 Kg


Baka kacukan ini dihasilkan sekitar tahun 1800. Bermula tahun 1874 ayam ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu Silver Laced Sebrights dan Gold Laced Sebrights. Walaupun ia telah berjaya dikelaskan, namun usaha utk menambahbaik ayam ini masih dijalankan sehingga tahun 1952 di mana baka ini telah disahkan. Pada tahun 1965, The American Bantam Association Standard telah mengeluarkan standard terhadap ayam ini. Kedua-dua jenis ayam ini kekal popular hingga ke hari ini dan bakanya bertaburan di serata negara.

Home: Our Farm
P_20170623_190044.jpg
P_20170502_185444.jpg
P_20170502_074418.jpg
P_20170502_185437.jpg
P_20170509_075050.jpg
Home: Upcoming Events

(Ayam Belanda/ Ayam Turkey)

AYAM PIRU

Di Malaysia, ayam Turkey dipanggil ayam Belanda, Turki atau Piru. Ayam jenis ini dipercayai berasal dari Holland dan telah dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh penjajah Belanda semasa zaman pemerintahan kesultanan Melaka. Keunikan ayam ini terletak pada kepalanya yang mempunyai belalai seakan-akan seperti gajah. Selain daripada itu, ia juga mampu mengembangkan bulu badannya dan ekornya juga boleh dikembangkan sebagaimana burung merak. Ayam belanda mempunyai tahap pendengaran yang jauh lebih baik dari manusia dan sangat sensitif dengan bunyi yang bernada tinggi seperti bunyi dari siren ambulan, wisel, kapal terbang dan sebagainya. Selain daripada itu, ia juga amat sensitif dengan persekitaran seperti kehadiran pemangsa, manusia atau haiwan yang tidak dikenalinya.

P_20170521_082848.jpg
P_20170521_082834.jpg
P_20170515_134122 - Copy.jpg
P_20170515_130312.jpg
P_20170515_130217.jpg
Home: Our Farm
P_20170502_074418.jpg

ANAK

MYR 10 - MYR15

Anak Ayam Mutiara berusia 1 minggu Sehingga 1 bulan. Hanya diberi makan dedak Stater Chargill sahaja dan diberi minum air tanpa klorin.

Get In Touch
P_20170704_130919(1).jpg

REMAJA

MYR30 - MYR 45

Ayam Mutiara Remaja berusia dalam lingkungan 3 bulan hingga ke 9 bulan. Hanya diberi makan jagung gred B, Dedak Chargill dan juga rumput serta diberi minum air tanpa klorin.

Get In Touch
P_20170502_185437.jpg

DEWASA

MYR50 - MYR60

Ayam Mutiara Dewasa / Matang telah berusia 1 Tahun ke atas dan betina telah mampu bertelur. Diberi makan dedak Grower Chargill, jagung gred B dan juga rumput serta diberi minum air tanpa klorin. Berat Ayam Mutiara Dewasa / Matang boleh mencecah 1.5kg / ekor. 

Get In Touch
Home: Products
P_20170505_182407.jpg

HUBUNGI KAMI!

172 Jalan Bunga Kemboja Felcra Sungai Ara Kota Tinggi Johor

019-7639777

  • Facebook
Home: Contact
bottom of page